Jens Stoltenberg
Jens Stoltenberg

Jens Stoltenberg

Jens Stoltenberg (dilahirkan pada 16 Mac 1959) ialah seorang ahli politik Norway yang pernah menjadi Perdana Menteri Norway sebanyak dua kali, dari 2000 hingga 2001 dan kemudian antara 2005 dan 2013. Pada 28 Mac 2014, Stoltenberg dilantik sebagai Setiausaha Agung NATO dan pengerusi Majlis Atlantik Utara, menggantikan Anders Fogh Rasmussen.Anggota Parti Buruh Norway, Stoltenberg mula dipilih ke Parlimen Norway pada 1993 bagi kawasan bandar raya Oslo. Stoltenberg berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri di Kementerian Alam Sekitar dari 1990-1991. Kemudian dilantik sebagai Menteri Perindustrian (1993-1996) dalam Kabinet Brundtland III. Ekoran peletakan jawatan Brundtland pada 1996, Thorbjørn Jagland dipilih menjadi ketua Parti Buruh dan menjadi Perdana Menteri Norway. Manakala Stoltenberg dilantik sebagai Menteri Kewangan (17 Oktober 1997) sehingga Jagland dan seluruh kerajaan meletak jawatan.Sebagai pembangkang dalam parlimen, Stoltenberg bertugas memantau hal ehwal tenaga. Ekoran usul tidak percaya terhadap Kabinet Bondevik, Stoltenberg sebagai ketua parlimen pembangkang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Norway pada 3 Mac 2000.Keputusan buruk dalam pilihan raya Parlimen Norway 2001 dan jatuhnya kerajaan beliau pada 19 Oktober 2001, Stoltenberg berjaya mencabar Thorbjørn Jagland untuk kepimpinan parti pada tahun 2002. Beliau memimpin Parti Buruh Norway dan menang dalam Pilihan raya Norway 2005. Beliau membentuk kerajaan campuran dengan Parti Centre (Sp) dan Parti Sosialis Kiri (SV). Beliau dipilih semula pada tahun 2009 untuk satu penggal lagi sebagai Perdana Menteri Norway. Selepas tewas bagi penggal ketiga, beliau meletak jawatan pada 14 Oktober 2013.[1]Pada 28 Mac 2014, Stoltenberg dilantik oleh Majlis Atlantik Utara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara sebagai Setiausaha Agung NATO dan pengerusi Majlis Atlantik Utara, menggantikan Anders Fogh Rasmussen. Beliau dijadualkan mula berkhidmat pada 1 Oktober 2014.[2]